Sumber 1 : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber 2: Dapur Mamasya
Sumber 3: Kak Nita
Bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- guna 3 cwn makaroni
150 g minced beef/chicken/seafood
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti - kak nita guna Kimball
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
sedikit kiub ayam -kak nita tambah
1 sudu besar mentega
sedikit mixed vegetables (akak tambah)
Sos Putih :
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano
mozarella cheese (kak nita tambah)
- Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
- Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
- Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
- Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
- Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
- Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
- Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
- Taburkan keju parut dan oregano.
- Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.
nota dapur mamasya;
oleh kerana masak dlm 2 bekas, jadi sos putih satu adunan tak cukup, kena doublekan. utk sos putih buat kali kedua, nak cepat tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 terus masuk dlm susu.
dan salam sejahtera ,
**nota Kak nita :
kalu nak letak extra cheese macam akak tu ,kurangkan garam dalam sos daging ya!
Thanks to
Kak Nita
No comments:
Post a Comment